Penjawat awam sokong Perikatan dalam PRN, kata tinjauan


Menurut tinjauan penjawat awam merupakan penyumbang terbesar ke atas kemenangan Perikatan Nasional dalam PRN baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2023.

ANGGOTA tentera, pegawai polis dan guru memilih Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini menyumbang kepada kemenangan besar gabungan itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu, menurut tinjauan Ilham Center.

Tinjauan itu juga merumuskan Umno kehilangan sokongan pengundi muda Melayu, peneroka Felda dan kampung Melayu yang turut menyaksikan pertukaran undi daripada Barisan Nasional (BN) kepada PN.

Pengarah Eksekutif Ilham Center Hisommudin Bakar berkata aura Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor antara faktor lain yang meyebabkan pengundi Melayu tidak memilih Umno.

“Sungguh mengejutkan apabila mendapat tahu keputusan tinjauan awal menunjukkan (undi) kini pergi ke PN. Kem tentera, pegawai polis dan guru memilih PN berbanding kerajaan Madani.

“Ini menyebabkan Umno hampir terhapus di banyak kerusi majoriti Melayu bukan sahaja di Kedah, Kelantan, dan Terengganu tetapi juga di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Anak-anak kepada ibu bapa Umno kini menentang keluarga mereka dan memilih PN. Pengundi muda di tiga negeri mengundi PN.

“Dalam enam pilihan raya negeri, terdapat 53 penempatan Felda dan kesemuanya menjadi milik PN,” kata Hisommudin. – 25 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen