PENTAGON menegaskan pada Khamis ia tidak mempunyai sebarang maklumat yang menyokong teori terdapat peluru berpandu dilepaskan dari tanah untuk menembak jatuh pesawat ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin.
Tentera Amerika Syarikat (AS) “tiada maklumat yang mencadangkan terdapat peluru berpandu ditembak dari tanah ke udara” terlibat dalam nahas itu, kata jurucakap Pertahanan Pat Ryder, menyebut laporan mengenai peluru berpandu “tidak tepat.”
Ryder berkata beliau tidak dapat memberi sebarang maklumat mengenai punca nahas pesawat persendirian Wagner di barat laut Moscow pada Rabu yang mengorbankan kesemua 10 penumpangnya.
Bagaimanapun, beliau berkata AS percaya Prigozhin terbunuh dalam nahas itu.
“Penilaian kami, berdasarkan pelbagai faktor, beliau berkemungkinan terbunuh,” kata Ryder. – AFP, 25 Ogos 2023.
Komen