Anak bongsu Picasso meninggal dunia pada usia 76 tahun


Anak bongsu pelukis terkenal Sepanyol Pablo Picasso, Claude Ruiz meninggal dunia di Switzerland pada Khamis. Punca kematiannya bagaimanapun tidak didedahkan. – Gambar Facebook, 25 Ogos 2023.

CLAUDE Ruiz Picasso, anak bongsu pelukis terkenal Sepanyol Pablo Picasso, meninggal dunia di Switzerland pada usia 76 tahun pada Khamis, menurut peguamnya.

Jean-Jacques Neueur bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Ruiz Picasso. Mendiang meninggalkan isteri, Sylvie Vautier dan dua orang anak.

Claude menguruskan harta pusaka Picasso dari 1989 hingga Julai tahun ini, sebelum menyerahkan tanggungjawab itu kepada kakaknya Paloma.

Picasso mempunyai empat anak. 

Anak sulung pelukis itu, Paul, hasil perkahwinan bersama penari balet Olga Khokhlova, meninggal dunia pada 1975. Anak kedua Picasso, Maya, hasil perkahwinan bersama model Perancis Marie-Therese Walter, meninggal dunia pada 2022.

Claude Ruiz dan Paloma adalah anak hasil hubungan Picasso bersama pelukis Perancis terkenal, Francoise Gilot. – AFP, 25 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen