SEKURANG-kurangnya 22 pekerja maut apabila jambatan kereta api yang sedang dibina merentasi jurang di timur India runtuh, manakala empat lagi yang hilang dikhuatiri juga terbunuh.
Kejadian berlaku di Sairang di negeri Mizoram, berhampiran sempadan Myanmar.
Rakaman video yang dikongsikan Ketua Menteri Mizoram, Zoramthanga di X (Twitter) menunjukkan bingkai logam yang menumbangkan tiang jambatan ke dalam lembah berhutan.
Menurut pihak berkuasa kira-kira 40 pekerja berada di tapak pembinaan jambatan itu sebelum ia runtuh. Seorang pegawai berkata 22 mayat ditemui setakat ini.
Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat punca kejadian.
Sementara itu pejabat Perdana Menteri India Narendra Modi berkata operasi menyelamat sedang giat dijalankan dan semua bantuan yang sewajarnya akan diberikan kepada pekerja yang terjejas. – AFP, 24 Ogos 2023.
Komen