Kakitangan awam Kedah terima bantuan khas RM400


Muhammad Sanusi berkata seramai 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu. – Gambar Facebook, 23 Ogos, 2023.

KERAJAAN negeri Kedah hari ini mengumumkan akan memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang dibayar pada 14 September ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

“Ada keputusan besar juga diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri.

“(Jadi) kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata pelantikan 10 Exco Kedah baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sangat membantu beliau dalam meneruskan agenda pembangunan serta pentadbiran negeri. – Bernama, 23 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen