LAPAN belas mayat rentung yang dipercayai terdiri daripada pendatang ditemukan di taman negara Dadia, Greece, kata seorang jurucakap perkhidmatan bomba pada Selasa.
Jurucakap itu, Giannis Artopoios berkata, “Memandangkan tiada yang dilaporkan hilang, kami mengandaikan mereka merupakan pendatang tanpa izin.”
Kebakaran marak di kawasan timur laut Greece selama beberapa hari, serta di beberapa bahagian lain di negara itu, lapor Agensi Berita dpa.
Pendatang yang memasuki Greece dari Turkiye melalui sungai di sempadan Evros sering ditemukan bersembunyi di kawasan hutan Dadia. – Bernama, 23 Ogos 2023.
Komen