PAC sasar bentang laporan pengurusan Covid-19 pada sidang Parlimen depan


Menurut Mas Ermieyati, pihaknya akan memanggil Pharmaniaga Logistic untuk prosiding seterusnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2023.

JAWATANKUASA Kira-kira Wang Negara (PAC) komited untuk membentangkan laporan berhubung Pengurusan Wabak Covid-19 untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua, Parlimen ke-15 2023 yang dijadual bersidang mulai 9 Oktober hingga 30 November ini.

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata lima saksi memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding kedua yang diadakan, hari ini.

Beliau berkata mereka yang memberi keterangan dan penjelasan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norazman Ayob, bekas Ketua Setiausaha (KSU) KKM Dr Chen Chaw Min, bekas KSU KKM Mohd Shafiq Abdullah, bekas Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah dan mantan Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan KKM Dr Asmah Samat.

“PAC ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada saksi-saksi yang hadir pada hari ini terutamanya saksi utama yang sudah bersara daripada perkhidmatan awam.

“Seterusnya PAC akan memanggil pihak Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd bagi memberi keterangan dan menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung peralatan ventilator yang tidak dapat digunakan,” katanya. – Bernama, 22 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen