BEKAS presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau akan berlepas ke Wilayah Fulton di Georgia pada Khamis untuk ditahan atas dakwaan melakukan “panggilan telefon yang sempurna”, lapor Sputnik.
“Anda boleh percaya? Saya akan pergi ke Atlanta, Georgia, pada Khamis untuk DITAHAN oleh Peguam Daerah Radikal, Fani Willis. Dalam kes saya, perjalanan ke Atlanta bukan kerana ‘pembunuhan’, tetapi kerana membuat “Panggilan Telefon Yang Sempurna!”
“Ini adalah dalam koordinasi ketat Joe Biden. Ia semua tentang GANGGUAN PILIHAN RAYA!” dakwa Trump dalam siaran di Truth Social pada Isnin.
Tarikh Trump menyerah diri telah dirundingkan dengan pejabat peguam daerah berkenaan termasuk jaminan dan syarat pembebasan, lapor media sebelum ini.
Pada Isnin, mahkamah menetapkan jaminan Trump sebanyak AS$200,000 dan menghalangnya daripada bercakap dengan defendan dan saksi lain mengenai kes itu.
Trump telah didakwa atas percubaan membatalkan pilihan raya presiden 2020. – Bernama, 22 Ogos, 2023.
Komen