Jepun dakwa Korea Utara rancang lancar satelit baharu


Korea Utara pertama kali cuba melancarkan apa yang dipanggil sebagai satelit pengintip tentera ke orbit pada 31 Mei lalu, tetapi percubaan itu gagal. – Gambar AFP, 22 Ogos 2023.

KERAJAAN Jepun mendakwa Korea Utara bersedia untuk melancarkan satelit baharu pada 24 hingga 31 Ogos, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pyongyang pertama kali cuba melancarkan apa yang dipanggil sebagai satelit pengintip tentera ke orbit pada 31 Mei, tetapi percubaan itu gagal.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menganalisis rancangan Korea Utara.

Jepun merancang untuk bekerjasama dengan Washington dan Seoul bagi mendesak Pyongyang membatalkan hasrat itu.

Amerika Syarikat, Jepun, dan Korea Selatan mengutuk percubaan pelancaran pada Mei, dengan menuduh Pyongyang menggunakan teknologi berkaitan dengan program peluru berpandu balistik antara benua.

Berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Korea Utara dilarang menguji peluru berpandunya. Bergantung kepada reka bentuknya, peluru berpandu seperti ini boleh dilengkapi dengan satu atau lebih kepala peledak nuklear. – Bernama, 22 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen