SATU kebakaran berlaku ketika cubaan melarikan diri di penjara Venezuela hingga menyebabkan 68 orang terbunuh semalam, kata pendakwa raya dan kumpulan hak asasi banduan.
Kebakaran di pusat tahanan di Carabobo itu kejadian terbaru dalam beberapa insiden kematian di penjara Venezuela yang terlalu sesak.
“Kami melantik empat pendakwa raya susulan kes kematian yang berlaku di Carabobo di mana 68 terbunuh dalam kebakaran,” kata ketua pendakwa raya Tarek William Saab di Twitter.
Carlos Nieto, ketua Una Ventana a la Libertad (A Window on Freedom) berkata sesetengah mangsa rentung dan yang lain kerana sesak nafas selepas ada banduan membakar tilam dan mencuri pistol pengawal keselamatan dalam cubaan melarikan diri.
Mangsa yang mati termasuk dua wanita yang dipercayai datang untuk melawat ketika kejadian berlaku. – AFP, 29 Mac, 2018.
Komen