Bekas presiden Afghanistan seru gadis diberi akses pendidikan pada Hari Kemerdekaan


Sejak kembali berkuasa, Taliban melaksanakan semula dasar ketat dari akhir 1990-an yang sangat mengehadkan hak wanita dan gadis. – Gambar EPA, 20 Ogos, 2023.

PADA Hari Kemerdekaan Afghanistan, bekas Presidennya Hamid Karzai menyeru agar Taliban membenarkan gadis-gadis mendapat akses kepada pendidikan di sekolah dan universiti, lapor agensi berita dpa.

Karzai berkata rakyat Afghanistan harus mendidik semua anak mereka sama ada lelaki dan perempuan, menerusi ucapan tahniah pada Sabtu.

Pemimpin Taliban juga meraikan ulang tahun ke-104 kemerdekaan Afghanistan daripada Britain dalam satu kenyataan rasmi sambil menyatakan mereka komited memperjuangkan nilai agama dan budaya dan tidak akan membenarkan sesiapa campur tangan dalam kerajaan.

Sejak kembali berkuasa, Taliban melaksanakan semula dasar ketat dari akhir 1990-an yang sangat mengehadkan hak wanita dan gadis.

Taliban mengharamkan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita selepas sekolah rendah. – Bernama, 20 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen