Sarawak kini rumah saya, kata doktor gigi muda


Desmond Davidson

Doktor gigi kelahiran Pulau Pinang Harvinderpal Singh kini menganggap Sarawak adalah rumahnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Ogos, 2023.

SELEPAS hampir menolak tawaran penempatan ke Sarawak, seorang doktor gigi kelahiran Pulau Pinang Harvinderpal Singh kini berkata negeri itu adalah rumahnya.

Begitu juga Dr Sue Wyn Luun dari Pulau Pinang yang mendapat tentangan untuk berpindah ke Sarawak daripada ibu bapanya.

Tetapi akhirnya mereka berjaya berkhidmat di sana dan adalah antara doktor yang merasakan bekerja di Sarawak sesuatu yang menggembirakan.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata setakat 4 Ogos Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan 619 doktor jawatan tetap untuk berkhidmat di Sarawak dengan 395 telah melaporkan diri untuk bertugas.

Seramai 50 orang menolak tawaran itu dan 70 masih belum menjawab surat tawaran.

Ketika itu apabila KKM bertanya kepada Harvinderpal di mana dia ingin ditempatkan selepas menamatkan kursus orientasinya, pilihan pertamanya tanpa perlu berfikir panjang ialah negeri kelahirannya Pulau Pinang.

Pilihan seterusnya ialah Kedah kemudian Perak - negeri yang berhampiran dengan tanah kelahirannya.

Lelaki berusia 26 tahun ketika itu yang baru menamatkan pengajian empat bulan lebih awal dari fakulti pergigian Universitas Sumatera Utara (USU) tidak pernah mendapat apa yang diinginkannya.

Harvinderpal atau lebih dikenali sebagai Harry dalam kalangan rakan-rakan terdekatnya tercampak jauh merentasi Laut China Selatan ke Kuching di Sarawak.

Sepuluh tahun kemudian, lelaki berusia 36 tahun itu kini doktor gigi yang bertanggungjawab di klinik pergigian di pusat jantung hospital umum Sarawak di Kota Samarahan mengisytiharkan dia tidak mahu pulang ke Pulau Pinang melainkan hanya untuk melawat ibunya.

“Kuching, Sarawak kini adalah rumah saya,” katanya.

Katanya, jika diberi pilihan dia mahu menghabiskan sisa hidupnya di Sarawak.

Harvin juga sudah membeli sebuah rumah dan menjalinkan hubungan dengan seorang gadis tempatan.

“Saya suka gaya hidup dan rentak kehidupan di sini. Saya sayang rakyat di sini. Mereka mesra.

“Saya suka persekitaran kerja dan kejiranan tempat saya tinggal. Saya gembira di sini,” katanya.

Harvin berkata dia seperti ditakdirkan untuk pergi ke Sarawak. –  20 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen