3 calon layak tanding pilihan raya presiden Singapura 


JAWATANKUASA Pilihan Raya Presiden Singapura pada Jumaat mengeluarkan sijil kelayakan kepada pelabur kanan Ng Kok Song, bekas menteri kanan Shanmugaratnam Tharman dan bekas Ketua Pendapatan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan Tan Kin Lian untuk bertanding dalam pilihan raya presiden bulan depan.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah mengeluarkan writ pemilihan presiden dan menetapkan hari penamaan calon pada 22 Ogos, lapor Xinhua.

Pilihan raya presiden akan berlangsung pada 1 September jika lebih daripada seorang calon layak bertanding jawatan presiden, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya negara itu sebelum ini. – Bernama, 18 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen