Anggota Kabinet sementara Pakistan angkat sumpah


PM sementara Pakistan melantik 18 anggota Kabinet sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini. – Gambar fail AFP, 18 Ogos, 2023.

PERDANA Menteri sementara Pakistan, Anwaarul Haq Kakar melantik 18 anggota Kabinet sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di Istana Presiden di Islamabad, di mana menteri yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Arif Alvi, lapor Agensi Anadolu.

Antara yang dilantik, bekas duta besar Pakistan ke Amerika Syarikat, Jalil Abbas Jilani dan bekas ketua bank pusat, Shamshad Akhter, antara tokoh utama yang memegang portfolio penting dalam Kabinet. – Bernama, 18 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen