Dron Ukraine ditembak jatuh di Moscow


Russia dedah sebuah dron Ukraine ditembak jatuh sekitar 4 pagi waktu tempatan ketika ia cuba menyerang kemudahan di wilayah Moscow. – Gambar AFP, 18 Ogos, 2023.

KEMENTERIAN Pertahanan Russia mendedahkan sebuah dron Ukraine ditembak jatuh sekitar 4 pagi waktu tempatan ketika ia cuba menyerang kemudahan di wilayah Moscow, lapor Sputnik.

“Pada 18 Ogos, kira-kira jam 4 pagi, rejim Kyiv cuba melakukan satu lagi serangan pengganas menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu ke atas kemudahan yang terletak di Moscow dan wilayah Moscow,” menurut kenyataan itu.

Dron terbabit terhempas di kawasan Tambak Krasnopresnenskaya di Moscow, merosakkan bahagian hadapan pavilion satu tingkat.

“Bahagian hadapan bangunan satu tingkat di Tambak Krasnopresnenskaya, rosak selepas kejadian itu. Tiada kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kawasan kerosakan meliputi 20 meter persegi,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan. – Bernama, 18 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen