PRESIDEN Nigeria Bola Tinubu mengumumkan senarai baharu menteri Kabinet selepas memegang jawatan itu tiga bulan lepas, lapor Xinhua.
Barisan Kabinet akan mengangkat sumpah pada tarikh yang belum diumumkan, kata jurucakap presiden Nigeria Ajuri Ngelale kepada media.
Penasihat Tinubu, Wale Edun, dilantik sebagai Menteri Kewangan, Yusuf Tuggar (Menteri Luar), Mohammed Badaru Abubakar (Menteri Pertahanan) dan Adegboyega Oyetola (Menteri Pengangkutan).
Ahli pembangkang turut dilantik sebagai anggota kabinet berdasarkan janji presiden untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan dan kecekapan nasional”.
Menteri yang disenarai pendek itu sebelum ini telah menjalani saringan oleh Senat. – Bernama, 18 Ogos, 2023.
Komen