PENGERUSI Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang Johari Harun antara yang terkorban dalam insiden pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie berhamiran Bandar Elmina petang tadi.
Adun Pelangai penggal pertama itu adalah antara lapan penumpang dan anak kapal yang terbunuh dalam insiden itu.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Mohd Sharkar Shamsudin mengesahkan kematian exco itu di Facebook.
Dua pengguna jalan raya lebuh raya itu turut terbunuh.
Nama mangsa belum didedahkan secara rasmi.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Klang untuk bedah siasat.
Pada pilihan raya lalu, Johari mengekalkan kerusi Barisan Nasional selepas menang majoriti 4,048 undi. Kerusi itu sebelum ini dipegang bekas menteri besar Adnan Yaakob.
Pesaingnya Kassim Samat daripada Perikatan Nasional mendapat 3,260 undi sementara calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65). – 17 Ogos, 2023.
Komen