PEGUAM Mansoor Saat berkata beliau tidak akan pulang ke Malaysia sekiranya beliau terus dianiaya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada plot politik.
Beliau bingung mengapa SPRM perlu meminta bantuan polis untuk mengesannya.
“Ini adalah satu penghinaan dan sama sekali tidak perlu.
“Ia untuk mengukuhkan kepercayaan saya bahawa terdapat usaha berterusan untuk memburuk-burukkan dan membunuh karektor dan reputasi, termasuk saya.
“Saya akan kembali ke Malaysia untuk menghadapi pendakwaan jika ada, tetapi saya tidak akan berbuat demikian selagi saya dianiaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketua SPRM Azam Baki berkata menantu Muhyiddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan dan peguam Mansoor, 69, dikehendaki hadir ke suruhanjaya itu untuk disoal siasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.
Beliau berkata mereka berada dalam senarai dikehendaki selepas meninggalkan negara. – 17 Ogos, 2023.
Berita penuh di sini
Komen