ORANG ramai terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat manakala banyak jalan raya ditutup susulan kebakaran hutan di Daerah Siskiyou, California Utara, Amerika Syarikat (AS).
Pegawai Perkhidmatan Hutan AS menganggarkan kebakaran yang dikenali sebagai Head Fire, kini merebak sekitar 2,700 ekar (kira-kira 11 kilometer persegi) setakat Rabu, lapor Xinhua.
Kebakaran bermula malam Selasa di Hutan Negara Klamath, meliputi lebih 2,650 batu persegi (kira-kira 6,863 kilometer persegi) di California Utara dan Oregon Selatan.
Pejabat Syerif Daerah Siskiyou mengeluarkan arahan pemindahan di beberapa kawasan di Lembah Selad dan sekitar Hamburg. Lebuhraya 96 dan Scott River Road ditutup.
Beberapa kebakaran kecil disebabkan kilat dilaporkan pada Selasa di Mendocino County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California. – Bernama, 17 Ogos, 2023.
Komen