Lelaki tikam teman wanita ditahan di sebuah masjid di Johor


POLIS menahan seorang lelaki di Bandar Dato Onn, Johor, semalam, yang disyaki menikam teman wanitanya dalam satu insiden di Bukit Antarabangsa, di Kuala Lumpur pada 6 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek yang berumur 41 tahun itu ditahan oleh anggota pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada pukul 5 petang di perkarangan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn Johor Bahru.

“Penganggur dengan dua rekod jenayah itu direman sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.52 pagi 6 Ogos lepas di kawasan letak kereta Kondominium Orkleaf Park di Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur seorang wanita berusia 45 tahun cedera di tengah dan kiri perut akibat ditikam teman lelakinya yang berang berikutan tindakan wanita itu yang berhasrat memutuskan hubungan. – Bernama, 16 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen