3,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di Perancis


Lebih 3,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis. – Gambar AFP, 15 Ogos, 2023.

LEBIH 3,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis.

Kebakaran berlaku kira-kira 5.15 petang waktu tempatan, Xinhua memetik laporan saluran berita Perancis BFMTV.

Menurut anggota bomba tempatan, kira-kira 530 hektar tanah terbakar, mengakibatkan lebih 3,000 dipindahkan ke kawasan selamat.

Pegawai jabatan Rodrigue Furcy berkata keadaan beransur “baik”, tetapi kebakaran “belum dapat dikawal sepenuhnya”.

Lebih 500 anggota bomba dikerah untuk membendung kebakaran hutan dengan bantuan 13 pesawat dan tiga helikopter, menurut Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin.

Pada 2022, 72,000 hektar tanah musnah dijilat api, kata Kementerian Dalam Negeri Perancis. – Bernama, 15 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen