Jong Un lawat kilang pengeluaran peralatan ketenteraan Korea Utara


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melawat kilang senjata utama di negara itu, termasuk perusahaan pengeluaran peluru berpandu taktikal. – Gambar AFP, 14 Ogos, 2023.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi melawat kilang senjata utama di negara itu, termasuk perusahaan pengeluaran peluru berpandu taktikal, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA).

Kim melawat beberapa kilang peralatan ketenteraan di negara ini, termasuk kilang pengeluaran peluru pelancar roket berkaliber tinggi dan kilang pengeluaran enjin peluru berpandu cruise strategik dan dron dari 3 hingga 4 Ogos.

KCNA melaporkan Kim melawat kilang peluru utamanya di Korea Utara pada 11 dan 12 Ogos dan menghargai peningkatan usaha dalam proses pengeluaran dan pemodenan di kilang yang mengeluarkan peluru berpandu taktikal.

Kim juga menetapkan matlamat untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran peluru berpandunya.

Pemimpin Korea Utara itu juga melawat kilang pembuatan kenderaan perisai tempur dan kilang pengeluaran pelbagai peluru pelancar roket kawalan berkaliber tinggi, menurut KCNA. – Bernama, 14 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen