FILEM komedi fantasi Warner Bros Pictures, Barbie kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak AS$33.7 juta.
Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan semalam.
Filem aksi langsung arahan pengarah wanita Amerika Greta Gerwig, mengumpul sebanyak AS$526.3 juta di Amerika Utara hingga Ahad.
“Filem ini memikat imaginasi penonton filem di seluruh dunia dan hasilnya sungguh mengagumkan dengan kutipan global yang besar sehingga hujung minggu ini AS$1.184 bilion,” tulis penganalisis filem kanan Comscore, Paul Dergarabedian, menerusi e-mel kepada Xinhua.
Barbie menampilkan pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.
Drama biografi Universal Pictures Oppenheimer, arahan Christopher Nolan berada di tempat kedua dengan kutipan AS$18.8 juta pada minggu keempat tayangannya dan keseluruhan AS$264.3 juta.
Sementara itu di tempat ketiga carta ialah filem animasi adiwira Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem daripada Paramount memperoleh sebanyaj AS$15.75 juta pada hujung minggu kedua tayangannya, dengan jumlah keseluruhan Amerika Utara kepada AS$72.8 juta. – Bernama, 14 Ogos, 2023.
Komen