Jet pejuang MIG-23 terhempas di Michigan AS


Sebuah pesawat pejuang MiG-23 terhempas semasa pertunjukan udara di Michigan Amerika Syarikat. – Gambar fail AFP, 14 Ogos, 2023.

SEBUAH pesawat pejuang MiG-23 terhempas semasa pertunjukan udara di Michigan Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS.

“NTSB sedang menyiasat nahas MiG-23 Mikoyan-Gurevich MiG-23 pada 13 Ogos berhampiran Ypsilanti, Michigan,” kata lembaga keselamatan itu di X.

Juruterbang yang melentingkan keluar dari pesawat sejurus sebelum terhempas semasa pertunjukan Thunder Over Michigan itu, ditemukan selamat di sebuah tasik, lapor Fox News.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi nahas. Punca nahas sedang disiasat. – Bernama, 14 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen