Argentina adakan pilihan raya awal untuk pilih calon presiden


Argentina semalam menjalankan pilihan raya awal untuk memilih calon-calon presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 22 Oktober. – Gambar AFP, 14 Ogos, 2023.

ARGENTINA semalam menjalankan pilihan raya awal untuk memilih calon-calon presiden yang akan bertanding dalam pilihan raya umum pada 22 Oktober, lapor Xinhua.

Pusat mengundi yang dibuka di 17,431 sekolah awam dan swasta di seluruh negara ditutup pada 6 petang waktu tempatan, kata Dewan Pilihan Raya Kebangsaan.

Kira-kira 35,394,425 warga Argentina layak mengundi (pengundian adalah wajib di Argentina) dan menjelang 5 petang waktu tempatan (2000 GMT), 61.5 peratus pengundi mengundi.

Pengundi boleh memilih senarai 17 calon presiden dan sekutunya untuk penggal presiden 2023-2027.

Mana-mana calon yang memperoleh sekurang-kurangnya 1.5 peratus undi layak menyertai pilihan raya umum. – Bernama, 14 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen