PESURUHJAYA PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, esok.
Ahmad berkata senarai nama itu juga mendapat persetujuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
“Nama sudah mendapat persetujuan Presiden PAS kerana watikah presiden akan diangkat kepada Sultan Kelantan.
“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada jam 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat harian jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan di Kota Bharu malam ini.
Mesyuarat dipengerusikan Abdul Hadi itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar. – Bernama, 13 Ogos, 2023.
Komen