MB Kedah angkat sumpah esok


Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor belum pasti dilantik sebagai Menteri Besar Kedah susulan PRN semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Ogos, 2023.

SELEPAS keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dimuktamadkan semalam, majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah kini dijadualkan berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar esok.

Berdasarkan surat jemputan media yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah hari ini, majlis itu dijadual diadakan di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, kira-kira jam 9 pagi.

Majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah itu turut akan dihadiri Setiausaha Kerajaan Kedah Norizan Khazali.

Pada PRN semalam, Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan besar menguasai 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi PN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri ketika ini bertindak sebagai menteri besar sementara, sehingga menteri besar baharu dilantik dan mengangkat sumpah. – Bernama, 13 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen