PRN: Selangor umum cuti Isnin ini


Semalam, PH-BN menang 34 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor manakala Perikatan Nasional memperoleh 22 kerusi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac 2023.

KERAJAAN Selangor mengisytiharkan esok (14 Ogos) sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri itu sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor ke-15.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Kasim menerusi satu kenyataan hari ini.

“Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan hari Isnin, 14 Ogos 2023, bersamaan 27 Muharram 1445H sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Selangor sempena Pilihan Raya Dewan Negeri Selangor Ke-15,” menurut kenyataan itu.

Jumaat lepas, Menteri Besar penjaga Amirudin Shari dalam Amanat Khas yang disiarkan menerusi Facebook mengumumkan cuti peristiwa esok sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Keputusan PRN Selangor semalam menyaksikan gabungan PH-BN memperoleh 34 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional 22 kerusi. – Bernama, 13 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen