Zahid perlu letak jawatan, kata Idris


Veteran Umno Idris Jusoh membidas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berikutan prestasi parti itu yang merosot dalam PRN di enam negeri.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Ogos, 2023.

VETERAN Umno Idris Jusoh menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi berundur berikutan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya enam negeri semalam.

“Umno kalah teruk di PRN semalam. Umno kalah 100% di Terengganu. 

“Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook. 

Pada pilihan raya semalam, Umno mengalami kekalahan besar dengan hanya memenangi 17 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri.

Ia hanya menunjukkan prestasi baik di Negeri Sembilan yang memenangi 14 kerusi negeri. Di negeri lain, Umno kehilangan beberapa kerusi tradisinya.

Beberapa pemimpin veteran parti turut tewas.

Umno, melalui Barisan Nasional, adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim.

Dalam pilihan raya negeri, BN dan PH bergabung kekuatan untuk menentang Perikatan Nasional. – 13 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen