MENTERI Besar Aminuddin Harun mengumumkan Isnin (14 Ogos) sebagai cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan berikutan kejayaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
“Hari Isnin ialah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan calon kedua-dua gabungan itu di Seremban malam ini.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, selain ratusan penyokong yang bersama-sama meraikan kemenangan itu.
PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan PH memenangi 17 kerusi manakala BN 14 kerusi. Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi di negeri itu. – Bernama, 12 Ogos 2023.
Komen