Naib Presiden PAS Mohd Amar kekal di DUN Panchor


Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Amar menang dengan majoriti 7,288 menewaskan dua lagi pencabarnya dari PH dan Barisan Nasional (BN). – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2023.

NAIB Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah mengekalkan kemenangan buat kali keempat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor selepas menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Mohd Amar menang dengan majoriti 10,686 undi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mendapat 18,700 undi mengalahkan calon PH yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang memperoleh 8,014 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Amar menang dengan majoriti 7,288 menewaskan dua lagi pencabarnya dari PH dan Barisan Nasional (BN).

Mohd Amar yang berusia 64 tahun itu merupakan penyandang kerusi DUN Panchor sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). – Bernama, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen