Pakatan-BN akan bincang calon MB Negeri Sembilan, kata Tok Mat


Ravin Palanisamy

Kata Tok Mat, pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2023.

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan membincangkan soal calon menteri besar untuk Negeri Sembilan, kata Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan.

Ahli Parlimen Rembau iti berkata nama yang dicalonkan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Negri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk dipertimbangkan.

“Kita cuma mencalonkan calon dirasakan sesuai dijadikan menteri besar untuk kita mohon restu dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Pelantikan ini adalah hak mutlak Yang di-Pertuan Besar, maka Baginda akan putuskan sesiapa dirasakan sesuai.

“Kalau calon-calon kami diperkenankan…Alhamdulillah…kalau tidak, terpulang Yang di-Pertuan Besar untuk memilih sesiapa saja difikirkan (sesuai) dari ahli yang menang (serta) mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat,” kata Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Tok Mat kepada pemberita di ibu pejabat Umno, hari ini.

Sebelum ini PH mengatakan Aminuddin Harun akan kekal sebagai menteri besar jika PH/BN memenangi negeri itu. – 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen