Mahdzir Khalid kalah di Pedu


Mahdzir sebelum ini juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2023.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Kedah Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, hari ini.

Beliau kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS yang juga penyandang kerusi DUN itu Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pedu Iman Hazwan Abd Halim di pusat penjumlahan undi di Dewan Badlishah, Kolej Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kuala Nerang, malam ini.

Mahdzir memperoleh 8,024 undi manakala Mohd Radzi mendapat 14,397 undi.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah pernah menyandang kerusi DUN Pedu selama dua penggal antara 2004 hingga 2013.

Mahdzir sebelum ini juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu selepas tewas kepada calon PN dalam saingan tiga penjuru. – Bernama, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen