Perikatan kekal Kelantan dengan majoriti dua pertiga


Keputusan tidak rasmi menunjukkan Perikatan Nasional menguasai dua pertiga dari keseluruhan 45 kerusi yang dipertandingkan pada PRN kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos 2023.

KEPUTUSAN tidak rasmi menunjukkan Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan Kelantan dengan menguasai dua pertiga dari keseluruhan 45 kerusi yang dipertandingkan.

Calon kerajaan perpaduan hanya menang dua kerusi di Kelantan setakat ini.

Mohd Syahbuddin Hashim berjaya mengekalkan kerusi Galas di Hulu Kelantan bagi Barisan Nasional (BN) dengan meraih 10,742 undi bagi menewaskan Mohd Tarmizi Abd Rahman dari PN.

Di Kota Lama pula, Ketua Wanita Amanah Dr Hafidzah Mustakim pula menang tipis mengatasi calon PN Zamri Ismail dengan perbezaaan 202 undi.

Dua lagi pencabarnya di kerusi campuran itu hilang deposit – Tan Boon Kian dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary yang bertanding Bebas. – 12 Ogos 2023.

MENYUSUL
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen