Pakatan-BN pertahan Negeri Sembilan, peroleh majoriti mudah


PH-BN menguasai DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui, Bahau, Lenggeng, Lobak, Temiang, Sikamat, Seri Menanti, Senaling, Pilah, Johol, Chembong, Kota, Chuah, Lukut, Sri Tanjung, Gemencheh dan Repah daripada keseluruhan 36 kerusi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2023.

GABUNGAN Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri (PRN) selepas memperoleh majoriti mudah 19 kerusi berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 10.12 malam ini.

Gandingan PH-BN itu menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Pertang, Sungai Lui, Bahau, Lenggeng, Lobak, Temiang, Sikamat, Seri Menanti, Senaling, Pilah, Johol, Chembong, Kota, Chuah, Lukut, Sri Tanjung, Gemencheh dan Repah daripada keseluruhan 36 kerusi.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi iaitu Serting, Bagan Pinang dan Gemas.

DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 1 Julai lepas selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pada PRU14, PH menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi dengan PKR (enam) dan Amanah (tiga), manakala BN memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi. – Bernama, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen