Mahfuz tewas di Alor Mengkudu


Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar kalah kepada calon Perikatan Nasional Muhamad Radhi Mat Din dengan majoriti 10,104 undi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos 2023.

NAIB Presiden Amanah Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mahfuz yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Muhamad Radhi Mat Din dengan majoriti 10,104 undi.

Muhamad Radhi yang juga bekas pemain bola sepak Kedah memperoleh 18,936 undi manakala Mahfuz memperoleh 8,832 undi. 

Kedua-dua mereka pernah bersaing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 di kerusi Parlimen Pokok Sena yang menyaksikan Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi. – Bernama, 12 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen