Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said tumbang di Kijal


Diyana Ibrahim

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal pada PRN kali ini selepas hanya mendapat 9,552 undi. – Gambar Facebook, 12 Ogos 2023.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Terengganu Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal apabila kalah dengan calon Perikatan Nasional (PN) Razali Idris.

Razali yang juga ketua penerangan Bersatu menang di kerusi tersebut dengan 13,172 undi manakala Ahmad pula hanya mendapat 9,552.

Keputusan itu diumumkan pemimpin penerangan PAS Terengganu Naraza Muda di Rusila.

Keputusan ini menyusuli kekalahan Ahmad di kerusi Parlimen Kemaman dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada penyandang dari PN.

Turut tumbang seorang lagi bekas menteri besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman di kerusi DUN Seberang Takir.

Ahmad Razif yang menguasai kerusi itu selama tiga penggal kalah kepada calon PN Khazan Che Mat dengan perbezaan 2,797 undi.

Dalam PRU14, Ahmad Razif menang kerusi itu dengan majoriti 1,884 undi menewaskan calon PAS Mohd Fazil Wahab. – 12 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen