Ketua menteri Pulau Pinang pertahan kerusi Padang Kota


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada PRN hari ini. – Gambar Facebook, 12 Ogos, 2023.

KETUA Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berjaya mempertahankan kerusi Padang Kota untuk penggal keempat berturut-turut, pada pilihan raya negeri (PRN) hari ini.

Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8.43 malam, Chow yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) H’ng Khoon Leng dengan majoriti 7,116 undi.

Chow memperoleh 8,261 undi manakala H’ng mendapat 1,145 undi.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota sejak 2008.

Chow dinamakan sebagai calon ketua menteri Pulau Pinang jika PH berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN ini. – Bernama, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen