Polis buat sekatan jalan raya seluruh negara lepas 12 tengah malam


Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata sekatan jalan raya tersebut adalah amalan biasa yang dilaksanakan setiap bulan, dan orang ramai tidak perlu panik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos 2023.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya selepas 12 tengah malam ini di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata sekatan jalan raya berkenaan adalah untuk ketenteraman awam dan keselamatan.

Katanya sekatan jalan raya berkenaan juga adalah amalan biasa setiap bulan yang dilaksanakan PDRM dan orang ramai tidak perlu panik.

“Orang ramai diminta jangan mengaitkan sekatan jalan raya berkenaan dengan keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada malam ini,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman malam ini. – Bernama, 12 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen