PEGUAM Negara Amerika Syarikat (AS) Merrick Garland melantik seorang peguam khas bagi siasatan terhadap Hunter Biden anak lelaki Presiden AS Joe Biden.
David Weiss peguam AS di Delaware yang menjalankan siasatan mengenai urus niaga kewangan Hunter Biden dilantik oleh Garland sebagai peguam khas selepas perbincangan perjanjian rayuan dalam kes ini terhenti.
Pelantikan peguam khas ini dianggap sebagai perkembangan penting bagi siasatan itu.
Jabatan Keadilan AS menerusi fail mahkamah pada Jun mendedahkan Hunter Biden yang disiasat sebuah juri persekutuan sejak 2018 akan mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah kecil kerana gagal membayar cukai pada 2017 dan 2018 tepat pada masanya.
Bagaimanapun, pendakwa raya di Delaware mengumumkan pada Jumaat perbincangan mengenai perjanjian rayuan itu sudah terhenti.
Peguam khas di AS biasanya dilantik untuk menyiasat kes di mana Jabatan Kehakiman menganggap dirinya mempunyai konflik atau di mana ia dianggap sebagai kepentingan awam. – Bernama, 12 Ogos, 2023.
Komen