LANGSUNG: Pakatan-BN menang di Negeri Sembilan


Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di WTC diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 12 Ogos 2023.

PENGIRAAN undi bermula selepas pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang di enam negeri selepas sehari Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula perlahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan peratusan keluar mengundi pada kira-kira 70% selepas pengundian ditutup.

Kira-kira 9,67 juta rakyat Malaysia keluar mengundi di enam negeri – Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terenggau dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Seramai 570 calon bertanding untuk 245 kerusi dalam enam PRN. Sebanyak 40 kerusi di Pulau Pinang, 56 (Selangor), 36 (Negeri Sembilan), 36 (Kedah), 32 (Terengganu) dan 45 (Kelantan).

Tempoh kempen pilihan raya selama 14 hari yang bermula pada 29 Julai berakhir pada 11.59 malam tadi.

The Malaysian Insight melaporkan keputusan PRN secara langsung:

11.24 malam: Wan Dzahanurin Ahmad dari PN memenangi kerusi Sungai Kandis dengan hanya 167 undi menewaskan Zawawi Ahmad Mughni dari PH yang mendapat 28,759 undi. Afriena Shaqira dari Muda mendapat 1,341 undi.

11.17 malam: MB Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengekalkan kerusi Sikamat menewaskan Ahmad Raihan Muhamad Hilal dari PN dengan 2,662 undi.

11.13 malam: Hilman Idham dari PN menang di kerusi Gombak Setia di  Selangor dengan 30,299 undi menewaskan Megat Zulkarnain Omardin dari BN yang mendapat 58 undi. Bebas Mohamed Salim Mohamed Ali mendapat 1,076 undi.

11.10 malam: Anak perempuan Noh Omar, Nurul Noh Omar memenangi kerusi Permatang untuk PN menewaskan calon PH Mohd Yahya Mat Sahri dengan majoriti 1,728 undi.

11.07 malam: Afif Bahardin PN merankul kerusi Taman Medan dengan majoriti 30 undi menentang Ahmad Akhir Pawan Chik dari PH. Afif mendapat 22,316 undi manakala Akhir mendapat 22,286 undi.

10.47 malam: PH-BN menang majoriti dua pertiga di Negeri Sembilan.

10.42 malam: (Tidak rasmi) Afif Bahardin dari PN memenangi kerusi Taman Medan di Selangor.

10.35 malam: MB Selangor Amirudin Shari mengekalkan kerusi Sungai Tua di Selangor menewaskan dua calon yang lain.

Peti undi tiba di Dewan Besar Tanjung MBSA, Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 12 Ogos 2023.

10.28 malam: Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan kerusi Jeneri di Kedah, menewaskan Muhamad Khizri Abu Kassim dari BN.

10.10 malam: SPR berkata PN telah membentuk kerajaan majoriti mudah di Terengganu dan Kelantan.

10.07 malam: Ketua Wanita Bersatu Rina Harun tewas di Batu Tiga kepada calon Amanah, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid.

Muda di tempat ketiga dengan 1,652 undi.

10.00 malam: Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal apabila kalah dengan calon Perikatan Nasional  Razali Idris.

Razali yang juga ketua penerangan Bersatu menang di kerusi tersebut dengan 13,172 undi manakala Ahmad pula hanya mendapat 9552.

9.46 malam: Ahmad Samsuri Mokhtar kekal kemenangan di Ru Rendang, Terengganu selepas memperoleh 20,927 undi menewaskan Suhaimi Sulaiman (3,641).

9.45 malam: (Tidak rasmi) Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet dari PH mendahului di Lembah Jaya, Selangor.

9.41 malam: (Tidak Rasmi) PN menang di Kedah dengan menawan 19 daripada 36 kerusi DUN, memperoleh majoriti mudah.

9.36 malam: Teo Nie Ching berkata PH-BN akan membentuk kerajaan di Pulau Pinang.

SPR menetapkan peratusan keluar mengundi pada kira-kira 70% selepas pengundian ditutup. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos 2023.

9.35 malam: Teo Nie Ching berkata DAP mengekalkan semua kerusi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

9.27 malam: Teo Nie Ching dari DAP berkata parti sedang berusaha untuk mengekalkan semua 15 kerusi yang dipertandingkan di Selangor.

9.25 malam: (Tidak rasmi) Bekas kapten bola sepak negara Baddrol Bakhtiar menewaskan Firdaus Johari dari PH yang merupakan anak kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul di Gurun, Kedah.

9.19 malam: (SELANGOR) Ng Sze Han PH mengisytiharkan kemenangan di Kinrara.

Wong Siew Ki PH mengisytiharkan kemenangan di Seri Kembangan.

9.17 malam: Azrul Mahathir Aziz dari PH mengisytiharkan kemenangan menewaskan Presiden Gerakan Dominic Lau di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

9.15 malam: Teo Nie Ching dari DAP mengisytiharkan PH-BN akan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

9.06 malam: Jamaliah Jamaluddin PH mendahului di Bandar Utama, Selangor dengan 39,791 undi, diikuti oleh Aliff Taufid PN (4,369) dan Abe Lim dari Muda (2,496).

9 malam: (Tidak rasmi) Mahfuz Omar kalah dengan Muhamad Radhi Mat Din dari PN di Alor Mengkudu, Kedah.

8.52 malam: (Rasmi) Ketua Menteri Pulau Pinang CM Chow Kon Yeow mengekalkan kerusi Padang Kota dengan majoriti 7,116 undi.

8.50 malam: Muhammad Sanusi Md Nor dari PN mendahului dengan selesa di Jeneri menewaskan Muhamad Khizri Abu Kassim dari BN.

8.47 malam: Rajiv Rishyakaran PH mengisytiharkan kemenangan di Bukit Gasing, Selangor.

8.43 malam: Pengerusi PN Selangor Azmin Ali mendahului meninggalkan Juwairiya Zulkifli PH dengan 766 undi untuk kerusi Hulu Kelang, Selangor.

Azmin Ali membuang undi di Klang Gate. Keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau memenangi kerusi Hulu Kelang di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos, 2023.

8.42 malam: Amirudin Shari PH mendahului di Sungai Tua, Selangor dengan 11,800 undi.

8.40 malam: Anthony Loke dari PH mengisytiharkan kemenangan di kerusi DUN Chennah dengan majoriti 2,200 undi.

8.35 malam: Mohd Zamri Mohd Zainuldin (PN) menang kerusi Sungai Burong dengan 6,000 undi majoriti.

8.25 malam: Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng mengisytiharkan kemenangan di Air Putih dengan majoriti 7,000 undi.

8.10 malam: (Tidak rasmi) Anthony Loke dari PH memenangi kerusi DUN Chennah.

8.08 malam: (Tidak Rasmi) SELANGOR: PH menawan Sekinchan, Bandar Baru Klang dan Balakong.

PULAU PINANG: PH mengekalkan Komtar, Batu Lanchang, Padang Lalang, Bagan Jermal, Pengkalan Kota, Paya Terubong dan Padang Kota.

KEDAH: Perikatan Nasional menang Bukit Kayu Hitam dan Guar Chempedak.

7.50 malam: (Tidak Rasmi) Aminuddin Harun dari PH mendahului di Sikamat, Negeri Sembilan.

7.39 malam: (Tidak Rasmi) Nicole Tan dari PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan.

7.38 malam: (Tidak Rasmi) Mohd Taufik Yaacob dari PN mendahului di Bayu, Kedah.

7.30 malam: (Tidak rasmi) Phee Syn Tze dari PH mendahului di Sungai Puyu, Pulau Pinang.

7.24 malam: (Tidak rasmi) Chee Yeeh Keen PH mendahului di Bagan Jermal, Pulau Pinang.

7.15 malam: (Tidak Rasmi) Wong Yuee Harng dari PH mendahului di Pengkalan Kota, Penang. – 12 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen