Undi awal PRN 6 negeri, PRK Kuala Terengganu mula dikira


Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta PGA dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN di enam negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2023.

UNDI awal bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mula dikira.

Pengiraan itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak 4 petang tadi.

Seramai 72,554 anggota tentera, polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi PRN di enam negeri itu, manakala 1,286 orang lagi mengundi untuk PRK di Kuala Terengganu pada Selasa lepas. – Bernama, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen