RUSIA pada Sabtu berkata ia menembak jatuh 20 dron tanpa pemandu Ukraine berhampiran Semenanjun Crimean.
Empat belas dron dimusnahkan sistem pertahanan udara dan enam lagi disekat menggunakan peranti elektronik perang, kata Kementerian Pertahanan menerusi Telegram.
Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda dilaporkan, katanya.
Di Moscow, pegawai pada Jumaat berkata mereka memusnahkan dron yang ditujukan ke pusat bandar dalam siri serangan terbaru di bandar itu sejak beberapa hari lepas.
Satu dron Ukraine dimusnahkan di pinggir barat Moscow, kata kementerian, menambah tiada kemusnahan atau korban dilaporkan dalam kejadian itu.
Pada Julai, dron Ukraine dilancarkan ke Crimea memusnahkan depoh senjata api dan merosakkan jambatan merentasi Selat Kerch yang menghubungkan semenanjung itu dengan Rusia. – AFP, 12 Ogos, 2023.
Komen