45% - 56% keluar mengundi setakat 2 petang


Menurut SPR, Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20% peratusan keluar mengundi, Selangor pula mencatatkan 19%, Negeri Sembilan 18% dan 17% di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos, 2023.

PERATUSAN keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 12 tengah hari di Terengganu dan Kedah merekodkan 56%.

Sementara itu di Pulau Pinang 53%, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selangor pula mencatatkan 51%, Negeri Sembilan 49% dan 45% di Kelantan.

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 12 tengah hari pula adalah 52%.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Cuaca di kebanyakan kawasan di enam negeri yang terlibat dalam PRN dilaporkan cerah dan baik serta mendorong pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka. 

PRN itu melibatkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen