Amirudin selesai mengundi, yakin Pakatan-BN kekal tadbir Selangor


Amirudin Shari yang juga pengerusi PH negeri dan isterinya Masdiana Muhamad antara pengundi awal di SJKT Selayang Baru, pagi ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Ogos, 2023.

MENTERI Besar sementara Selangor Amirudin Shari yakin kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional akan terus kekal mentadbir negeri itu.

Amirudin yang juga pengerusi PH negeri dan isterinya Masdiana Muhamad antara pengundi awal di SJKT Selayang Baru, pagi ini.

“Kita optimis 70 hingga 80 peratus tetapi harapnya ini akan naik di kerusi Melayu yang akan membolehkan kita menang 40 daripada 41 kerusi, yakni lebih daripada dua pertiga majoriiti.

“Saya bekerja kuat untuk pilihan raya ini ini adalah hari penentuan. Saya yakin pengundi bukan Melayu juga akan keluar mengundi,” kata penyandang DUN Sungai Tua itu kepada wartawan.

“(Keluar) mengundi awal kerana cuaca mungkin tak menentu nanti,” katanya lagi. – 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen