Jumlah korban kebakaran di Hawaii naik kepada 67 orang


Kebakaran memusnahkan bandar Lahania di Hawaii yang setakat ini sudah membunuh 67 orang. – Gambar AFP, 12 Ogos, 2023.

JUMLAH korban kebakaran yang membinasakan bandar Hawaii naik kepada 67 orang pada Jumaat, kata pegawai.

“Ketika anggota bomba meneruskan usaha mencari dan menyelamat, 12 lagi korban disahkan setakat jam 1 petang hari ini ketika kebakaran di Lahaina masih tidak terkawal sepenuhnya,” kata Maui County.

“Ini menjadikan jumlah korban setakat ini naik kepada 67 orang.” – AFP, 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen