23 cedera dalam gempa bumi di selatan Turkiye


Dalam bencana pada 6 Februari, wilayah Malatya adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk, menyaksikan kira-kira 2,300 meninggal dunia. – Gambar Facebook, 11 Ogos, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 23 cedera dalam gempa bumi pada magnitud 52 yang menggegarkan selatan Turkiye, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.

Gempa kali ini berlaku kira-kira enam bulan selepas gempa bumi dahsyat melanda wilayah berkenaan.

Pusat pemantauan gempa bumi Kandilli di Istanbul melaporkan gempa itu berlaku pada 8.47 malam Khamis, dengan pusat gempa di perbandaran Yesilyurt wilayah Malatya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam bencana pada 6 Februari, wilayah Malatya adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk, menyaksikan kira-kira 2,300 meninggal dunia, menurut Datuk Bandar Selahattin Gurkan.

Dua gempa bumi kuat dan banyak gempa susulan pada 6 Februari lepas, menggegarkan tenggara Turkiye dan utara Syria, mengorbankan lebih 50,000 mangsa. – Bernama, 11 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen