Rumah penginapan terbakar tidak jalani pemeriksaan keselamatan


Rumah penginapan yang terbakar di Perancis dan menyebabkan 11 maut didapati tidak menjalani pemeriksaan keselamatan mandatori. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2023.

RUMAH penginapan yang terbakar di Perancis dan menyebabkan 11 maut didapati tidak menjalani pemeriksaan keselamatan mandatori, kata seorang pegawai kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Kebakaran pada pagi Rabu itu memusnahkan rumah penginapan yang menempatkan orang kurang upaya (OKU).

Semasa kebakaran, terdapat seramai 28 menginap di rumah yang terletak di bandar Wintzenheim itu, dengan 17 daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

Timbalan pendakwa raya bandar Colmar, berkata rumah penginapan itu tidak menjalani pemeriksaan keselamatan wajib dan tidak pasti sama ada ia mematuhi peraturan keselamatan.

Di Perancis, tempat yang menerima tetamu bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan keselamatan, dengan premis mereka wajib diperiksa oleh pihak berkuasa. – Bernama, 11 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen