PENYANDANG menteri besar Selangor Amirudin Shari mengumumkan Isnin sebagai hari cuti umum di negeri itu jika Pakatan Harapan (PN)-Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya negeri (PRN) esok.
Amirudin dalam satu siaran langsung berkata PRN esok akan menentukan hala tuju negeri itu dan masa depan rakyat Selangor.
“Jika kita menang PRN Selangor dan membentuk kerajaan, kami bersetuju mengisytiharkan 14 Ogos iaitu Isnin depan sebagai cuti umum di negeri ini,” katanya yang juga pengerusi PH Selangor.
“PRN esok adalah tarikh penting untuk kita. Anda akan menentukan masa depan negeri ini untuk lima tahun lagi.
“Pengundi ada pilihan, untuk memilih kerajaan yang terbukti dapat menyelesaikan masalah atau kerajaan yang akan mencetuskan ketidakstabilan dan masalah,” katanya dalam ucapan kepada pengundi Selangor menjelang hari mengundi esok. – 11 Ogos, 2023.
Komen