FACEBOOK hari ini berkata akan membaik pulih tetapan privasinya supaya maklumat pengguna di laman webnya “lebih terkawal”.
Ini termasuk akses kepada tetapan pengguna Facebook dan fungsi untuk mencari, memuat turun dan memadam data peribadi yang disimpan oleh Facebook.
Sementara itu, satu menu pintasan privasi baharu akan membolehkan pengguna meningkatkan keselamatan akaun dengan cepat, mengawal siapa yang boleh melihat maklumat dan aktiviti di laman web itu, serta mengawal iklan.
Ciri-ciri baru ini menyusul selepas Facebook dikritik hebat apabila berjuta-juta
data peribadi penggunanya dituai oleh sebuah firma British yang dikaitkan dengan kempen Donal Trump pada 2016.
Awal bulan ini, pemberi maklumat, Christopher Wylie mendedahkan bahawa Cambridge Analytica mencipta profil psikologi pada 50 juta pengguna Facebook melalui aplikasi ramalan peribadi.
Aplikasi tersebut dimuat turun oleh 270,000 pengguna, tetapi turut mengambil data rakan-rakan mereka tanpa persetujuan. – AFP, 28 Mac, 2018.
Komen